lincikman

Thursday 30 July 2015

DIVERGENT & INSURGENT

Assalam.....

Hari ni cuti dr bekerja n just duduk kat kedai tggu customer@ student2 bli barang.
What a bored and sleepy day. Mana x nya x produktif lgsung sebab ngantuk ya amat smpai boleh aku ttido kat kaunter...hahahah
jgn gtau bos tau..lol

Macam biasa tiap minggu aku kerja hanya 4 hari. Sunday to Wednesday. Hari ni p tolong jaga kedai dr pg sebab bos ada keje lain kan. So mereput la den sensorang kat kedai. Bile bosan baca Blog, FB, Twitter n ulang la sampai lebam...lol

Sebenarnya bukan nk merepek pasal ni pon. Saje je mengarut kat Intro...kahkah
Ok sambong bile malm jaga kedai baru ada lappy. Nasib baik si adik ni bawak lappy, klu x memg seharian mereput kebosanan. apalagi bile ada lappy memg tengok movie le kat kedai. Lagi2 dlm lappy adik memg banyak gile Movie.

Aku bukanla peminat tegar crita2 kat wayang ni. Tiap minggu p tengok wayang. Pantang ada movie baru kluar terus p beli. Nasib la x dibiasakan klu x memang kaya owner cinema tu hari2 aku datg..
Tp Alhamdulillah stakat ni klu p tgok wayang dpt la crite yg best.
Boleh kire brapa kali stahun aku p wayang. Rasanya sejak masuk MITEC baru la bnyk p tengok wayang tu pon bile ada kengkawan yg ajak. Bile ada kengkawan baru la feel kn. Kitorg klu pergi kalau bleh nk bawk satu MITEC..hahaha
Nak p sendiri??? Ada keinginan tp bila p BP mall je trus macm x ingt.
Last2 duduk la menghadp laptop kat OLDTOWN.

Sambung semula...
Bile ada lappy depan mata ni memg bagai orang mengantuk disorongkan bantal la kn. Nak dijadikan cite ari tu den adalah beli crite INSURGENT. Tgok 10 minit pertama  je then tutup sebab x paham.hahah
Rupe2nye INSURGENT ni adalh smbungan dr DIVERGENT. Sebab tu x paham bile trus start tgok INSURGENT. Tu pon tau bile ada org gtau.
So, si pengumpul movie ada DIVERGENT. Apa lg memg menonton le kat kedai. Aku x tau Movie ni tahun bile release sebab aku bukan kaki wayang so just watch n enjoy.




DIVERGENT & INSURGENT

Pada aku crite ni memang best. Jenis aku suke tgok action w/ technology movie. Kebanyakn cerita Omputih kn macm tu. So best la kn. Xde la bosan nk tgok Romantic Movie je. Serabut kpala..hahah
Lagi satu DIVERGENT n INSURGENT ni dye punye storyline pon best. Bile pikir semula, storyline ni memg ada kaitan dengan kehidupan kite. Perebutan kuasa, Friendship, Intellectual n keberanian.
Tp crite ni diolah menjadi lebih menarik.sebenarnya beli cd ni pon sebab cover cntik. X tau n x sangka jln crite pon menarik.


Movie ni mengisahkan pasal.....emmm mcm mane nak cite ek??
Ok... dalam sebuah negara ni, slepas perang rakyatnya dibaagikan kpd 5 bhgian or known as FACTIONS..


  1. ERUDITE ( intelligent, bijak pandai mcm ahli chemistry la kn),
  2. AMITY ( peacefull, happyness mcm peladang, pekebun)
  3. CANDOR ( honest, org yg jujur, sentiasa bpihak n tell the truth)
  4. DAUNTLESS ( brave, penjaga keamanan mcm polis, askar n etc.)
  5. ABNEGATION ( mcm penjawat awam, selfless)

Bila anak2 meningkat dewasa mereka akan menduduki test utk tau yg dorg ni SUIT kat faction mana. Macm kite p Interview nk keje ape tu..
So ada satu Abnegation family ni ada sepasang anak,  Beatrice & Caleb yg akan lalui ujian tu.
Tp masa ujian something Happened to Beatrice. Something weird la. Rarely happen. Penguji just bgtau result Beatrice adalah Abnegation.
Selepas ujian akan ada ceremony untuk umumkan mana dorg masuk. Macm pemilihan dlm cite Harry Potter gituh.

Ok masa ceremony baru tahu Caleb d Factionkan pd Erudite while Beatrice tu masuk Dauntless, Their parents were shocked. Ye la dorang kan Abnegation tp anak2 x ikut jejak langkah. Nak buat mcm mane kn...huhuhu

So lepas tu dorang ikutlah haluan Faction masing2.

Sebenarnya ada konspirasi utk jatuhkan Abnegation oleh Erudite yg x puas hati. Erudite bersekongkol dgn Faction Dauntless n gunekan mereka utk bunuh Abnegation. Tp Dauntless ni x sedar apa tndakan dorg sebab da di inject dengan cecair yg control dorg. Tp Beatrice @ Tris ni terjebak dgn konspirasi sebab dye adalah DIVERGENT!!!!

DIVERGENT ni adalah golongan atau individu yang mempunyai kelebihan di mana dyorang bleh masuk mana2. Kata lainnya mcm dorang ni OVER IQ terlebih pandai la. Lg satu divergent ni uncontrollable. Cume ada sebaran yg mengatkn Divergent ni adalah berbahaya. Tp Tris pilih masuk Dauntless sebab dr kecil memg dye adore gile ngan Dauntless.

Masa rekrut Dauntless ni ada sorg lg mamat hensem iaitu jurulatih Tris, Four. Four ni suke Tris sebenarnya. Tp x ckp..hahaha.
Bile dorang tau ada konspirasi, maka dorang pon bergabung nak halang ERUDITE. Start dr situla dorang jd buruan sebab berjaya gagalkan misi ERUDITE.

okeyh crite sambong kat INSURGENT plak...

Bile da dpt gagalkan ERUDITE, dorang berempat masa tu dgn Caleb n sorg dr Dauntless lari ke perkampungan AMITY untk minta bantuan. ERUDITE teruskan pemburuan ke atas divergent ni sebab si jahat Janine nak bukak box warisan dr founder faction. Hanya true DIVERGENT saja yg bleh bukak kotak tu. Da ramai divergent yg dorg buru tp sume x bleh sebab dorang x 100% divergent. Sampaila dorang dpt tau Tris adalah the True DIVERGENT, dorg buru smpai Tris menyerah diri sebab x sanggup tengok ramai org mati. Yela da nama ERUDITE ni bijak pandai, dorang cipta satu alat untuk kawal manusia. Sampai boleh ceroboh otak dan emosi manusia. Tp hanya DIVERGENT saja yg mereka x boleh kawal. DIVERGENT pandai kawal otak dan tau mana satu halusinasi.

Bile dye serah diri n buat ujian untk bukak kotak tu, Tris mati. Tp sebenrnya x mati. So, dgn bantuan FACTIONLESS n saki baki DAUNTLESS dpt la dorang jatuhkan Janine dr ERUDITE tu.
FACTIONLESS ni macm pengemis. dorg ni yg paling miskin n x suit dengan mana2 factions. Macm gelandangan n hidup atas bantuan n belas ehsan Abnegation.

Ni ringkasan je ye. Sebenarnya crite ni lg detail so kene la tgok movie. Memang x rugi tengok.

See kan kata ada kaitan dengan kehidupan kite, right?? Sebab perebutan kuasa, orang bawahan n yg x bersalah jadi magsa n mati. So, kpada mereka org2 atasan tu jgnlah pentingkan diri sendiri. Sebab kuasa sanggup buat apa sahaja hingga sanggup berbunuhan. Dilantik jd pemimpin untuk tadbir negara n janjikan keamanan bukanlah utk melakukan keganasan.
Tahniah pada pemimpin yang berjaya n takziah pd yg menyalahgunakan kuasa.
ooppss

Cukupla review sikit ni. Klu baca je memg x feel sgt so apalagi p le cr CD. Tp skarang da senangkan, tgok online atau download je.

dari novel rupenye.. must find these books!!!


Assalam n nite

* HERO n HEROIN cntik n ensem bak hang.. hahaha
* ada kembar pelakon Malaysia, Nadia Nyssa. Tp x taula klu btol dye yg berlakon...HUYYOOO

No comments:

Post a Comment