PERKONGSIAN
DARI SALAH SATU BLOG YG SANGAT SANTAI
Ni
merupakan serba sedikit pesanan orang tua-tua dahulu untuk insan bergelar
isteri..meh baca
1. Hendaklah isteri ingat
bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk
lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh
itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak
menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
2. Hendaklah ia bekerja
dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami
supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu
ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap
manja di hadapannya.
3. Isteri hendaklah
memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya.
Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebencian
ditinggalkan.
4. Jangan banyakkan
permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat
menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian
merunsingkan suami.
5. Jangan sekali-kali
meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan
jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
6. Isteri hendaklah
sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa
atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk
dan bersolek pula.
7. Janganlah pergi
mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan
hal suami atau menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan
membazir.
8. Jangan suka
menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain
di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan
lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain.
Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu
kerabat suami.
9. Hendaklah cermat dalam
perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah
habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu
jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk
persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa
bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
10. Jangan suka berhutang.
Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat
rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
11. Jangan ceritakan
perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
12. Hendaklah makan minum
untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada
waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan
suami.
13. Hendaklah suami dan
isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan
jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.
Jika
semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah
rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia.
"
jika jodoh telah sampai, ke hujung dunia tetap ketemu "
~~NAZ~~