EYE
BAG,,EYE BAG...EYE BAG!!!
HUH..X CNTIK DA MATA NI..
KNAPA BLEH TERJADI EYEBAG??
SBAB X CUKUP TIDUR..
TP KAN DA CUKUP..TERLBIH LBIH LG..
KNAPA??
KNAPA?? KNAPA???HAHAH...GLE JAP
HURMMM..NAK
TAU??
MEH2 KOGSI INFO KNP SENTIASA LMAH N X CUKUP TIDOR..
MEH2 KOGSI INFO KNP SENTIASA LMAH N X CUKUP TIDOR..
1. TAK CUKUP TIDUR
Nampak
jelas bukan? Anda mungkin tidak mendapat tidur yang cukup dan ini boleh
mengganggu fokus dan kesihatan anda. Setiap malam anda disarankan tidur
sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam setiap malam.
Jadikan
tidur anda satu prioriti dan tetapkan jadual tidur. Tutup laptop. Jangan buka
facebook, matikan segala gajet anda. Jangan minum kopi pada waktu malam. Tutup
lampu ketika tidur. Masih menjadi masalah? Dapatkan nasihat doktor.
2. TIDUR APNEA
Kadang-kadang
anda fikir anda sudah mendapatkan tidur yang cukup tetapi masalah apnea ini
pula yang mengganggu. Apnea ini adalah disebabkan saluran pernafasan anda
tersekat ketika tidur. Menyebabkan anda berdengkur dan kemudiannya tidak
bernafas. Selepas itu secara tiba-tiba anda terbangun sesak nafas. Setiap
gangguan mengejutkan anda dari tidur tapi anda mungkin tidak sedar. Hasilnya,
anda tidak dapat tidur yang berkualiti dan prestasi anda di siang hari merudum.
Biasanya
dihidapi orang yang obese. Turunkan berat badan anda dan jangan merokok.
Kedua-dua ini berpotensi anda mendapat apnea.
3.
TIDAK CUKUP TEN
Makan
terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet
yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa
dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan
menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.
Mesti,
mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping
roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu
pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan
kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.
4.
KURANG DARAH MERAH (ANEMIA)
Dikalangan
perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini
kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi
(iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko.
Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah,
sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa
doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut.
Sekiranya
disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement di klinik-klinik
atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging
merah, dan juga kekacang.
5.
TEKANAN EMOSI
Setiap
orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar
memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal
juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering
berlaku akibat tekanan emosi.
Lakukan
perkara-perkara yang mengurangkan stress seperti bersukan, bermunajat kepada
tuhan atau bermeditasi. Jika tidak berkesan sebaiknya anda mendapat nasihat
psikiatri. Psikiatri bukan hanya untuk orang yang bermasalah mental ya. Jika
anda mempunyai masalah emosi yang tidak mampu ditanggung anda harus berjumpa
dengan pakar psikiatri. Mereka mungkin akan memberikan ubat sebagai satu cara
untuk mengubat masalah tersebut
6. PENYAKIT HIPOTHYROID
Anda mungkin
akan perasan terdapat kalenjar yang membesar di bahagian halkum anda. Kalenjar
tiroid ini berfungsi untuk mengawal metabolisma anda. Apabila kalenjar ini
tidak dapat menghasilkan hormon tiroid dengan cukup, metabolima badan akan
menjadi bertambah perlahan. Menyebabkan anda bertambah berat badan dan
bermacam-macam lagi simptom lain.
Jumpa dengan
doktor dan mereka akan melakukan ujian darah untuk mengetahui kadar hormon
tiroid anda.
7. TERLALU BANYAK KAFEIN
Kafein
membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil
dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan
menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada
kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah.
Secara
perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara
mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.
8. PENYAKIT KENCING MANIS
Walaupun
kadar di dalam gula tinggi dalam darah, disebabkan sel-sel tidak dapat
menggunakan glukosa dengan baik. Tenaga tidak dapat dihasilkan. Akibatnya anda
akan cepat mudah letih. Cuba tanya ibu atau ayah anda yang mengalami kencing
manis dan tanya kepada mereka sama ada mereka mudah letih atau tidak.
Semestinya mereka akan mengatakan ya.
Jika sudah
mengalami kencing manis, solusinya adalah dengan mengawal pemakanan dan
bersenam. Dengan menurunkan berat badan sebanyak 10%, risiko untuk mengalami
diabetes akan berkurang secara separuh.
9. PENYAKIT JANTUNG
Segala
simptom penyakit jantung sudah saya ulas dengan lebih mendalam. Secara
ringkasnya, anda akan mengalami simptom mudah penat dalam melakukan kerja-kerja
walaupun anda berjalan dalam jarak yang dekat.
Perubahan
gaya hidup adalah cara terbaik untuk mengelakkan penyakit jantung.
10.
DEHIDRASI
Mudah lemah
mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman
ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda
dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.
Minum air
kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari. Sekiranya anda ke gym, minum air
setiap kali anda melakukan senaman. Apabila rasa dahaga sahaja, terus minum
seteguk dua. Apabila anda minum banyak air, air kencing anda akan kelihatan
lebih jernih dan terang.
SUSAH JUGAK
NK DAPATKN TIDUR YG BERKUALITI NI KAN???
PAPEPON SEMOGA TIPS DIATASS DPT EMBANTU,,,
*COPY PASTE DR INFO YG DBACA..TQ
PAPEPON SEMOGA TIPS DIATASS DPT EMBANTU,,,
*COPY PASTE DR INFO YG DBACA..TQ